RAHSIA CARA PERNIAGAAN
MENERUSI INTERNET

Best Malaysian Sites
Ditulis oleh: Manmoncang @ Fuad Latip
http://www.manmoncang.com
(manmoncang@yahoo.com)

CLICK HERE FOR ENGLISH VERSION

Artikel ini adalah pengetahuan yang saya miliki semasa saya membaca artikel-artikel bahasa inggeris di Internet berkenaan dengan perniagaan di Internet. Saya terasa terpanggil untuk menulis dan berkongsi bersama di sini secara PERCUMA kerana saya terkejut dan amat kesal dengan sesetengah BENGKEL YANG DIANJURKAN OLEH BEBERAPA ORANG KEBELAKANGAN INI BERKISAR " MEMULAKAN PERNIAGAAN DI INTERNET" YANG KOS NYA YANG TINGGI HANYA UNTUK MENCERITAKAN APA YANG SAYA TULIS DI BAWAH INI.

Saya harap dengan langkah ini, ramai yang tidak terpedaya dengan bengkel-bengkel yang menceritakan perkara yang anda boleh milikinya di Internet dengan PERCUMA.

Laman web saya ini akan menjelaskan segala cara untuk pemasaran mudah di Internet tanpa perlu DATANG KE BENGKEL MEMBINA LAMAN WEB PERNIAGAAN YANG MEMAKAN DUIT ANDA BERATUS-RATUS RINGGIT SEKADAR MENERANGAKAN Bagaimana memulakan perniagaan di Internet, cara marketing dan sebagainya . Apa yang saya jelaskan di sini adalah sama sahaja dengan bengkel-bengkel yang kosnya yang mahal itu. (Saya tahu sebab saya sudah menghadiri lebih dari 5 bengkel sedemikian).


Artikel di bawah ini tidak disalin dari mana-mana sumber. Saya mengarangnya sendiri hasil dari pembacaan saya di Internet dan pengalaman saya.

Saya juga melarang sesiapa pun menyalinnya semua artikel, gambar dan apa sahaja dan diterjemahkan ke dalam bentuk apa jua tanpa kebenaran bertulis dari diri saya.

Terima kasih

Salam Sejahtera,

Disebabkan kebimbangan saya terhadap artikel yang dihantar melalui email dari saya akan menjadi email SPAM saya mengharapkan agar dapat berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini hanya bersama dengan mereka yang BERMINAT sahaja.

Jika anda inginkan ilmu berkenaan dengan perniagaan laman web, anda boleh subcribe/melanggan secara PERCUMA di bawah ini. Saya akan mengirimkan artikel berkaitan perniagaan internet ke email anda jika terdapat artikel yang baru saya tulis nanti.


Bengkel laman web yang diadakan pada 6-7 Dis 2005
Di Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM, Shah Alam



  1. MENGAPA PERLU BERNIAGA DI INTERNET?
  2. KEGAGALAN PERNIAGAAN DI INTERNET.
  3. BAGAIMANA PERNIAGAAN PRODUK DI INTERNET MENGUNTUNGKAN??
  4. LAMAN WEB DI INTERNET ADALAH KOMPLEKS MEMBELI BELAH.
  5. KELEBIHAN-KELEBIHAN PERNIAGAAN DI INTERNET
  6. 2 BENTUK PERNIAGAAN DI INTERNET.
  7. MEMILIH PERNIAGAAN DI INTERNET
  8. MENGOPTIMUMKAN PEMILIHAN PRODUK PERNIAGAAN
  9. MENJADIKAN PRODUK ANDA UNIK DI INTERNET
  10. LANGKAH UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN PRODUK DI INTERNET
  11. PROMOSI PRODUK BERKESAN
  12. PENDEKATAN PROMOSI PRODUK
  13. LANGKAH-LANGKAH MEMBINA KEYAKINAN PENGUNJUNG
  14. KEJAYAAN
  15. BIODATA PENULIS

BERI KOMEN ANDA DI SINI

Semua di atas ini adalah penerangan memulakan perniagaan menerusi internet. Namun tiada penerangan cara-cara membina laman web perniagaan kerana ia memerlukan latihan secara praktikal. Untuk itu, anda boleh menghadiri bengkel yang benar-benar menunjukkan ada secara pratikal membina laman web perniagaan.


MENGAPA PERLU BERNIAGA PRODUK DI INTERNET?

Percayakah anda ramai para peniaga dapat mempertingkatkan hasil jualan mereka 200% kali ganda setelah mereka mempunyai laman web di Internet?

Percayakah anda bahawa Internet merupakan medium nombor satu untuk mengaut keuntungan perniagaan berlipat kali ganda?

Cerita 1:
Saya mempunyai seorang kawan membuka perniagaan membuat pagar rumah dan semua yang berkaitan dengan membina gril keselamatan atau seumpamanya. Perniagaannya tidak mendapat sambutan walaupun di kawasannya, hanya beliau sahaja yang mempunyai kedai yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Beliau juga banyak menghabiskan duit membuat iklan di suratkhabar tetapi tidak mendapat sebarang respon dari pelanggan.

Sebaik sahaja beliau membuat laman web perniagaan beliau dan mengiklankannya di Internet juga di suratkhaba bersama alamat laman web perniagaannya, tiba-tiba perniagaan beliau meningkat dengan mendadak. Pelanggan datang tanpa henti mendapatkan khidmatnya. Lihatlah kesan daripada sesebuah perniagaan mempunyai laman web.

Cerita 2:
Kawan saya merupakan seorang penulis novel di sebuah syarikat penulisan terkenal di KarangKraf. Sebelum ini penjualan novelnya agak perlahan. Pencetakan pertama pun memakan masa yang lama untuk dihabiskan.

Setelah beliau mempromosikan novel beliau di Internet, beliau kini boleh tersenyum lebar kerana berpusu-pusu orang membeli Novel beliau. Bukan sahaja novel yang baru, malah novel yang lama pun orang masih bertanya untuk membelinya

Lihatlah, dari kedua cerita tadi, kita dapat melihat kesan daripada adanya perniagaan di Internet. Ia sungguh menguntungkan.

Atas

KEGAGALAN PERNIAGAAN PRODUK DI INTERNET.

Sebelum saya terangkan bagaimana membina perniagaan menerusi Internet, biar saya jelaskan kenapa kita sering menemui kegagalan berniaga di Internet.

1. Kita Tahu Tapi Kita Tak Bertindak
Cuba anda jawab teka teki saya ini.

Ada 10 ekor anak ayam yang sedang dilihat oleh beberapa ekor helang di angkasa. 8 ekor anak ayam ini sedar bahawa mereka sedang dilihat oleh helang-helang yang bila-bila masa sahaja boleh menangkap mereka. Oleh sebab itu 8 ekor anak ayam ini hendak menyorokkan diri daripada dilihat dan dimakan oleh helang-helang tadi. Helang-helang tadi telah bersedia dan terus menjunam ke bawah dan menangkap anak-anak ayam tadi. Berapa ekorkah yang terselamat?

Jawapannya adalah tidak ada seekor pun selamat walaupun 8 ekor anak ayam tadi hendak menyorokkan diri. Ini kerana 8 ekor anak ayam tadi cuma ingin menyorok bermakna mereka baru sahaja merancang untuk menyorok. Tetapi mereka belum bertindak untuk menyorok.

Kaitan cerita ini dengan anda.
Anda ingin memulakan perniagaan di Internet tetapi anda tidak bertindak. Anda cuma ingin sahaja. Orang yang berjaya adalah mereka yang bertindak melakukan sesuatu bukan hanya dengan berangan sahaja. Kerana inilah kita sering gagal di dalam perniagaan di Internet. INILAH BEZANYA DIRI KITA DENGAN MEREKA YANG BERJAYA DI INTERNET. HANYA INI SAHAJA. PERCAYALAH. Mereka bertindak dan mengaplikasikan segala yang mereka pelajari dari pembacaan mereka ke dalam hidup mereka. Bukan sebab cara marketing kita salah dan sebagainya.

Anda ingin memulakan perniagaan tetapi anda tidak bertindak seperti belajar bagaimana memulakannya. Anda tidak cuba mempelajari cara-cara perniagaan yang mudah di Internet. Terdapat berjuta-juta artikel seperti yang saya karang ini di Internet (di dalam bahasa inggeris) yang menerangkan rahsia perniagaan di Internet. Anda tidak bertindak belajar memulakan perniagaan di Internet dengan cuma membaca artikel-artikel ini. Tidak perlu datang ke bengkel untuk mengetahui cara berniaga di Internet kerana mereka yang berjaya kebanyakan cuma membaca buku dan artikel di Internet. Tetapi mereka bertindak.

*Jangan jadikan pembinaan laman web satu halangan untuk anda. Saya akan beritahu jalan penyelesaiannya di hujung artikel ini nanti.

Sebenarnya saya sengaja memberi nombor ke atas sebab kegagalan berniaga di Internet di atas sedangkan ia tidak perlu dinomborkan kerana ia cuma satu sebab sahaja. Ini kerana, saya ingin menunjukkan kepada anda itulah SEBAB UTAMA KEGAGALAN untuk kita memulakan perniagaan di Internet.

Atas

BAGAIMANA PERNIAGAAN DI INTERNET MENGUNTUNGKAN??

Bayangkan koronologi ini

Anda berjalan di dalam sebuah kompleks membeli belah di mana di dalamnya terdapat pelbagai kedai yang menjual pelbagai produk. Anda sebagai pengunjung dan juga pembeli akan berjalan-jalan di dalam kompleks membeli belah mencari produk-produk keperluan anda. Sesekali anda akan terjumpa dengan produk yang menarik minat anda. Anda mungkin membelinya kerana anda menyukainya walaupun anda tidak merancang untuk membelinya.

Anda juga dapat melihat iklan-iklan terpampang di merata-rata tempat di dalam kompleks membeli belah tersebut. Anda juga dapat melihat produk-produk baru diletakkan oleh peniaga di sudut hadapan kedai-kedai mereka untuk menarik minat pelanggan seperti anda.

Baiklah, anda sudah membayangkan hal tersebut dan pastinya anda dapat merasakan suasananya bagaimana bukan? Sekarang cuba anda baca dan bandingkan dengan maklumat di bawah ini.

Atas

LAMAN WEB DI INTERNET ADALAH KOMPLEKS MEMBELI BELAH.

Di Internet, laman web anda adalah sama sahaja dengan SEBUAH kompleks membeli belah yang selalu anda kunjung seperti yang saya jelaskan di atas sana. Di dalamnya ada pelbagai kedai yang menjual pelbagai produk yang boleh menjadi pilihan setiap pengunjung yang datang.

Pengunjung di Internet tidak perlu menggunakan tenaga untuk berjalan-jalan mencari produk. Mereka hanya perlu duduk dan klik sana sini melihat produk yang mereka suka. Mereka boleh bertanya menggunakan borang maklum balas yang disediakan.

Anda juga boleh mengiklankan produk-produk orang ramai di dalam laman web anda di Internet dengan mengenakan bayaran sewa meletakkan iklan produk tersebut. Anda bebas meletakkannya di mana-mana.

Secara ringkasnya, dapat disimpulkan di sini, LAMAN WEB PERNIAGAAN ANDA DI INTERNET SAMA DENGAN SEBUAH KOMPLEK MEMBELI BELAH DI LUAR SANA. JIKA ANDA MEMILIKI SEBUAH LAMAN WEB PERNIAGAAN INI SAMALAH SEPERTI ANDA MEMPUNYAI SEBUAH KOMPLEK MEMBELI BELAH YANG HARGANYA JUTAAN RINGGIT!!!.

Atas

KELEBIHAN-KELEBIHAN PERNIAGAAN DI INTERNET

Di bawah saya senaraikan kelebihan-kelebihan mempunyai perniagaan di Internet

Perniagaan anda tanpa sempadan
Di Internet, anda meletakkan perniagaan anda tanpa sempadan. Perniagaan anda boleh dikunjungi dan diketahui oleh sesiapa sahaja walau di mana mereka berada di dunia ini. Anda meletakkan perniagaan anda bersaing dengan perniagaan-perniagaan hebat di Internet. Yang penting di Internet adalah promosi. Siapa yang hebat promosi, dialah dapat mengaut keuntungan yang lebih. Promosi di Internet bukanlah masalah besar. Letakkan gambar produk anda juga merupakan satu promosi. Mudah sahaja bukan??

Perniagaan Tanpa Had Masa
Perniagaan di Internet bermakna anda MEMBUKA KOMPLEK MEMBELI BELAH ANDA 24 JAM SEHARI, 7 HARI SEMINGGU DAN 365 HARI SETAHUN tanpa kos tambahan.

Mewujudkan Jaringan Perniagaan Tanpa Had
Di Internet, jumlah jaringan perniagaan anda adalah tanpa had. Anda boleh menghubungkan berapa banyak yang anda suka dengan perniagaan lain dengan mudah dengan membina pautan perniagaan lain di laman web anda. Anda tidak perlu meminta kebenaran terlebih dahulu kerana di Internet, semua ini bersifat global. Malah anda boleh membentuk komuniti perniagaan anda sendiri tanpa ada sekatan bersama-sama dengan perniagaan yang besar dan hebat.

Memberi Maklumat Perniagaan Dengan Lebih Baik
Dengan adanya laman web, anda dapat memberikan maklumat tentang perniagaan dan produk anda dengan lebih baik kepada orang ramai. Anda boleh menambah maklumat anda sentiasa pada bila-bila masa di mana jua anda berada. Anda dapat menerangkan seberapa banyak mungkin maklumat produk anda secara terperinci. Malah anda boleh menggunakan audio atau video untuk menerangkannya dengan lebih baik. Ruang FAQ (Frequently Ask Questions) juga dapat membantu pelanggan dengan cepat tentang produk atau perniagaan anda.

Meluaskan Pasaran
Jika anda membuka kedai, pelanggan anda tertumpu kepada orang ramai di sekitar kawasan kedai anda. Jika anda membuka laman web perniagaan anda di Internet, anda membuka perniagaan anda kepada berjuta-juta orang di dunia ini. Pasaran anda terlalu luas sehingga merentas masa dan sempadan.

Kos Yang Rendah
Anda adalah CEO dan Director perniagaan anda. Anda juga adalah Eksekutif Akaun perniagaan anda. Anda adalah setiausaha sehinggalah anda juga adalah pekerja di Perniagaan Internet anda. Anda tidak memerlukan sesiapa kecuali diri anda untuk mengawal satu komplek membeli belah milik anda di Internet. Bayangkan jika semua ini bukan di Internet? Mungkin anda memerlukan beribu-ribu tangan dan kaki malah juga kepala untuk mengawal semua ini.

Interaksi Secara Terus Dengan Setiap Pelanggan
Interaksi dan maklum balas dengan pelanggan sangat berguna di dalam perniagaan. Ia dapat mempertingkatkan mutu perniagaan anda. Di Internet anda dapat melakukan semua ini dengan mudah. Anda dapat melayan pelanggan secara personal di ruang email. Anda juga dapat memberi maklum balas dengan lebih berkesan kepada pelanggan dengan cepat, mudah tidak kira masa dan tempat. Pelanggan juga dapat memberi maklum balas dengan cepat terhadap perkhidmatan dan produk perniagaan anda.

Memudahkan Agen Menghubungi Anda
Jika anda mempunyai Agen perniagaan di luar Internet, anda dapat berhubung dengan mereka dengan pantas. Segala laporan perniagaan dapat di hantar dengan cepat tidak kira masa dan tempat. Anda boleh menggunakan kemudahan di Internet seperti SKYPE atau Yahoo Messenger yang tidak mengenakan sebarang kos perhubungan anda. Menguntungkan bukan??

Memasarkan Produk Kepada Pelanggan Antarabangsa
Bayangkan produk anda bukan hanya dilihat oleh mereka di negara ini sahaja malahan semua orang di dunia. Jika produk anda tertumpu kepada satu golongan atau bangsa seperti contoh bangsa melayu, ia tidak menjadi masalah kerana bangsa melayu terdapat di mana-mana di dunia ini. Mereka pasti tertarik dengan produk anda kerana mereka dapat membelinya terus di Internet tanpa pulang ke Malaysia.

Pasaran Secara Terus
Bayangkan jika anda menjual sesuatu produk yang mana produk ini anda hasilkan sendiri. Saya kasi contoh menulis buku. Anda memerlukan pihak penerbitan untuk menerbitkan buku anda dan kemudian pergi ke pengedar. Kemudian akan tiba kepada penjual dan barulah kepada pelanggan. Berapa banyak lapisan anda terpaksa pergi? Itulah pembahagian keuntungan yang perlu anda lalui.

Di Internet, anda boleh mengedar dan menjualnya sendiri secara online. Keuntungan hanyalah untuk diri anda sendiri tanpa berkongsi dengan orang lain.

Bertukar Maklumat Dengan Pantas
Perniagaan Internet dapat mewujudkan satu komunikasi dan persahabatan yang baik dengan peniaga lain. Maklumat tentang produk dapat diwujudkan melalui persahabatan ini. Malah persahabatan ini tidak kira besar mana syarikat anda. Yang penting adalah jualan anda di Internet.

Menguji Produk Baru Tanpa Kos
Di Internet anda boleh melihat sambutan terhadap produk baru anda tanpa dikenakan sebarang kos. Jika di luar, anda dikenakan bayaran untuk mempromosi dan mengiklankan produk baru anda tetapi tidak di Internet.

Atas

2 BENTUK PERNIAGAAN PRODUK DI INTERNET.

Secara asas terdapat 2 bentuk utama perniagaan di Internet iaitu

  1. Perniagaan untuk mendapatkan bakal pelanggan di mana tiada jual beli online dilakukan.
  2. Perniagaan berbentuk E-Commerce. Ia terdiri daripada jual beli online, pengiklanan dan Affliate.

Perniagaan Bentuk Pertama
Ia dikenali sebagai perniagaan menjana prospek anda di mana Ia dapat mempertingkatkan keyakinan pelanggan terhadap anda dan menaikkan kredibiliti syarikat anda dengan memperkenalkan syarikat dan juga perkhidmatan yang anda sediakan. Laman web di bina hanya untuk memudahkan perjumpaan (appointment) di rancang dan kemudian barulah jual beli dilaksanakan.

Contoh Perniagaan : Ejen Perumahan, Ejen Rumah Sewa, Ejen Tanah, Penasihat Harta dan seumpamanya.

Perniagaan Bentuk Kedua
Ia dikenali sebagai perniagaan menjana pendapatan anda di Internet dengan menjual produk secara online. Pelanggan terus menempah dan membeli produk perniagaan anda terus menggunakan perkhidmatan di dalam Internet.

Perniagaan begini termasuklah juga bengkel-bengkel yang mengajar anda benar-benar memulakan perniagaan di Internet dengan praktikal. (Bukan sekadar cakap di hadapan sedangkan anda tidak ditempatkan 1 PC sebagai aplikasikan apa yang dicakapkan di hadapan anda).

Perkhidmatan membina laman web juga termasuk di dalam bentuk perniagaan kedua ini. Pengiklanan dan juga Affiliate juga tergolong di dalam perniagaan jenis ini.

Perniagaan yang memberi keuntungan besar adalah perniagaan jenis kedua ini. Saya jelaskan lagi secara terperinci.

Menjual Produk atau Perkhidmatan Secara Online
Perniagaan seperti ini memberikan keuntungan yang besar kepada anda. Inilah keuntungan utama perniagaan di Internet. Carilah produk yang mempunyai kos penghantaran yang rendah tetapi menguntungkan anda. Cara yang terbaik adalah menjual E-book. Anda juga boleh menjual template-template laman web atau juga screen saver. Anda juga boleh menerima tempahan membina laman web dan sebagainya.

Pengiklanan
Duduk, goyang kaki...duit takkan masuk. Itu kata orang dulu-dulu tetapi tidak sekarang. Di Internet anda boleh duduk sambil goyang kaki tetapi duit masuk mencurah-curah dengan mengiklankan produk orang lain. Anda akan menerima ganjaran di atas perkhidmatan promosi produk mereka. Seperti contoh laman web di dalam versi English saya ini. Anda lihat banyak iklan-iklan google di sekelilingnya. Semua itu merupakan duit buat saya. Saya bercakap benar.

Saya terangkan terus kepada anda di sini.

Untuk mendapatkan keuntungan dengan iklan ini, anda hendaklah mempunyai artikel yang mana ramai orang mencarinya. Artikel anda pula hendaklah mempunyai keyword yang ramai orang mencarinya. Kemudian tulislah sekitar 20 - 50 helai berkenaan dengan artikel tersebut.

Anda hendaklah menulis artikel itu sendiri di dalam bahasa inggeris ( AWAS, MENYALIN ARTIKEL ORANG LAIN DI INTERNET TANPA PERSETUJUAN ADALAH KESALAHAN BESAR YANG BOLEH DIDAKWA ). Jika anda tidak pandai menulis di dalam bahasa inggeris, carilah penterjemah ke dalam bahasa inggeris kerana untuk mendapat iklan google, ia mesti di dalam bahasa yang disupport oleh google.

Binalah artikel yang banyak seperti yang saya lakukan ini. Kemudian applylah google adsense di alamat http://www.google.com/adsense . Kemudian letakkan kod iklan google ke dalam laman web anda.

SETIAP KLIK YANG DITERIMA ADALAH DUIT UNTUK ANDA . Mudah bukan??

Affliate
Banyak program Affliate di dalam Internet yang boleh memberi duit kepada anda. Anda boleh surfing ke http://www.refer-it.com . Di sana anda boleh dapatkan seberapa banyak yang mungkin program affliate ini mengikut kategori yang sesuai dengan laman web perniagaan anda. Anda akan dibayar mengikut komisen yang ditawarkan apabila sesuatu produk itu terjual. Program Affliate ini melantik anda menjadi agen pemasaran di mana anda dibayar di atas komisen keuntungan produk yang terjual. Anda boleh goyang kaki sahaja.

Atas

MEMILIH PERNIAGAAN DI INTERNET.
Masalah utama selain tiada pengetahuan membina laman web perniagaan di Internet adalah produk dan perkhidmatan apa yang ingin diniagakan. Seringkali anda menjadi buntu memikirkan hal ini. Persoalan sering timbul, apakah perniagaan yang ingin diniagakan di Internet?

Anda mestilah berniaga mengikut perkara-perkara di bawah ini.

Minat
Perniagaan produk di Internet yang berjaya adalah perniagaan minat anda. Tidak faham? Jualkan minat anda kepada orang ramai dan anda akan berjaya berniaga di Internet. Masih tidak faham?

Perniagaan yang berasaskan kepada minat anda akan membuatkan anda tidak bosan dengan perniagaan anda. Anda tidak akan rasa tertekan kerana anda menjual apa yang anda minat.

Seperti saya. Saya minat mengajar, menulis dan membina laman web serta mereka bentuk layout laman web. Oleh sebab itu perniagaan saya adalah membuat bengkel membina laman web perniagaan di dalam masa satu hari kerana saya minat mengajar dan saya minat membina laman web. Saya berasa gembira melakukan semua itu. Walaupun mungkin saya tidak memiliki seorang pun pelanggan, saya akan terus melakukan (membina laman web) di rumah kerana saya tetap mendapat tempahan membina laman web dan tidak bosan dengan semua ini kerana saya minat.

Apabila anda mempunyai perniagaan dengan apa yang anda minat, anda sebenarnya mudah untuk meniagakannya. Ini semua pastinya anda tahu segala selok belok tentang perkara yang anda minat. Secara tidak langsung anda arif dengan perniagaan anda.

Jika anda minat menulis, jadikan menulis sebagai peniagaan untuk anda. Tulislah pelbagai cerita menarik dan jadikan E-Book dan pasarkannya di dalam perniagaan Internet anda. Jika ia tidak menguntung, anda masih merasa gembira dan senang hati kerana menulis menjadi minat anda. Menarik bukan?

Kebolehan
Kebolehan dan minat mempunyai hubungan yang rapat. Saya mempunyai kebolehan membina semua jenis laman web. Maka perniagaan saya berkisar dengan kebolehan dan minat saya. Dengan perniagaan berdasarkan kebolehan anda, anda sebenarnya mudah untuk berniaga. Anda sudah mempunyai kebolehan dengan apa yang anda niagakan.

Contoh lain seperti anda suka dengan produk-produk perhiasan diri. Sudah pasti tidak menjadi masalah kepada anda untuk anda promosikan produk produk-produk hiasan diri yang anda jual kerana anda minat dan pastinya mempunyai kebolehan menerangkan tentang produk itu tanpa mempelajarinya terlebih dahulu.

Kekuatan, pengetahuan dan cita rasa anda tergolong di dalam 2 perkara penting untuk memilih apakah produk yang ingin anda jual menerusi Internet.

Atas

MENGOPTIMUMKAN PEMILIHAN PRODUK PERNIAGAAN

Terdapat sedikit perbezaan perniagaan di Internet dengan perniagaan luar Internet dari segi optimasi perniagaan. Jika di luar Internet, lagi banyak pilihan produk, lagi baik. Seperti contoh kedai runcit.

Tetapi tidak di Internet. Di Internet, anda hendaklah menumpukan hanya kepada satu produk atau beberapa produk sahaja. Ini akan mengoptimasikan perniagaan anda di Internet. Memberi pilihan yang berlebihan kepada pengguna akan membuatkan mereka langsung tidak membeli produk anda. Ini kerana pilihan yang banyak akan mencelarukan pemikiran mereka untuk memilih produk anda.

Apa yang saya sarankan adalah, satu produk tetapi unik. Susah untuk didapati orang ramai. Untuk menjadikan ia unik, anda fikirkan sendiri kerana anda sudah pasti pakar menjadikan ia unik. Bukankan produk yang anda ingin niagakan berdasarkan kepada apa yang anda minat dan kebolehan anda?

Berikan tumpuan dan pemasaran produk anda itu. Apakah kelebihan sedikit produk?

  1. Mudah mempromosikan produk
  2. Memfokuskan pilihan orang ramai kepada produk yang anda niagakan.
  3. Mudah untuk anda menerangkan kepada pelanggan
  4. Mudah untuk anda menjadikan ia unik kerana anda memikirkan satu produk sahaja.
Atas

MENJADIKAN PRODUK PERNIAGAAN ANDA UNIK

Lakukan sedikit analisis. Ambil sehelai kertas dan senaraikan 3 perkara yang anda benar-benar minat. Fikirkan benda yang terlibat di dalam minat anda itu sebagai produk anda.

Contoh:

  1. Jika anda suka membaca. Maka buku adalah produk anda.
  2. Jika anda minat menghias diri, mungkin alat make-up menjadi minat anda.

Tuliskan kebolehan yang anda ada dengan minat anda itu. Contoh kebolehan untuk minat anda adalah :

  1. Menulis
  2. Bermake-up dengan apa jenis sekali pun

Fikirkan perkara unik yang anda fikirkan dengan minat dan kebolehan yang anda ada itu.

  1. Menulis resume, menulis surat meminta kerja dan sebagainya.
  2. Make-up mengikut musim, make-up mengikut cuaca dan sebagainya.

Maka bentuk perniagaan lebih tertumpu dan ia menjadi lebih unik. Untuk itu perniagaan anda boleh melibatkan:

  1. Menjual EBook surat-surat meminta kerja dan sebagainya khas untuk rakyat Malaysia.
  2. Menawarkan perkhidmatan make-up pengantin gaya moden dan menerangkan faedah-faedah sesuatu brand make-up.

Atas


LANGKAH UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN DI INTERNET

Terdapat 4 langkah asas untuk memulakan perniagaan di Internet.

  1. Mencari dan menentukan Produk
  2. Membina laman web perniagaan
  3. Merancang cara pembayaran
  4. Promosi dan pengiklanan Produk

Mencari dan menentukan Produk
Terdapat beberapa jenis kategori produk untuk diniagakan di Internet.

1. Produk berasaskan perkhidmatan
-Seperti mengambil upah merekacipta logo, laman web, memberi perunding dan motivasi dan seumpamanya.
-Modal cuma kebolehan diri sendiri dan minat.
-Untung tinggi dan pelanggan pula berulang
-Tetapi memerlukan masa yang banyak untuk melakukannya.

2. Produk berasaskan produk
-Menjual kuih/biskut, produk kereta, buku-buku,cenderamata dan lain-lain
-Memerlukan modal untuk membeli secara borong atau menjadi agen menjual.
-Memerlukan kos penghantaran.
-Untung rendah tetapi tidak terhad kepada masa.

3. Produk yang ideal.
-Menjual produk secara download.
-Seperti E-Book, Screensaver, template.
-Kos kurang kerana menjual secara download.
-Cuma memerlukan kos menjual secara online.
-Penggunaan Global
-Belian lebih baik dan berkesan di Internet berbanding di luar Internet
-Belian yang kerap

Bagaimana menjadikan Produk perkhidmatan sebagai produk yang ideal?
-Tulis buku dan jadikan ia sebagai E-Book.
-Jadikan dalam bentuk VCD, atau Video format Internet supaya boleh didownload sahaja.
-Ingat, masih banyak buku yang di dalam pelbagai bidang yang masih tidak diterbitkan. -Banyakkan buku-buku How To dan DIY.

Kelebihan E-Book.
-Mudah dibuat untuk apa jua bidang. Tulis berdasarkan minat anda. Lebihkan kepada How to.
Contoh: mengajar resepi dan memasak dengan gambar-gambar cara-cara memasak. Boleh selitkan sekali dengan Video-video dan Audio.
-Boleh diubah kepada buku biasa. Print dan jual.

WRITING ANY BOOKS IN 28 DAYS

Membina Laman Web Perniagaan
Terdapat 2 cara untuk membina laman web

  1. Mengupah orang membinanya
  2. Melakukan sendiri

Mengupah orang membinanya
-Kos mahal
-Ilmu yang tidak berpanjangan. Susah bila anda ingin mengubah laman web anda kerana anda mesti membayar setiap yang diupdate.

Melakukan sendiri
-Memakan masa?? Tidak sebenarnya. Anda boleh menggunakan template sedia ada.
-Hadiri bengkel membina laman web yang berpatutan tetapi anda dapat banyak ilmu dari bengkel tersebut. Keluarkan kos sekali sahaja untuk belajar membinanya. Anda tidak perlu lagi mengeluarkan kos bila anda ingin mengupdate laman web anda di kemudian hari kerana anda sudah tahu untuk melakukannya sendiri.

Cara memilih bengkel belajar membina laman web perniagaan
-Pengajar yang mempunyai latar belakang di dalam bidang pendidikan. Ini kerana mereka dilatih dengan kursus-kursus pengajaran dan pembelajaran berkesan.
-Biasa mengendalikan bengkel-bengkel membina laman web..
-Melakukan secara real-time hands on di mana anda lakukan terus apa yang diajar semasa bengkel. (bukan tunggu balik rumah baru memulakan apa yang anda belajar).
-Support yang baik.
-Harga yang tidak munasabah (sehingga >RM500 untuk satu bengkel tidak munasabah kerana sebenarnya kosnya adalah rendah.)

Merancang cara pembelian di internet

  1. Bayar melalui Maybank2u atau BCB
  2. Bayar melalui kredit kad
  3. Bayar melalui Cek

Bayar melalui Maybank2U atau BCB
Cara pembayaran ini baik untuk harga produk yang rendah di bawah harga RM100. Namun boleh juga menggunakannya untuk apa jua nilai produk. Cuma ia terhad kerana tidak semua orang ada akaun bank tersebut.

Bayar melalui kredit kad
Anda boleh membuka Merchant Account di CCNow.com, Worldpay.com atau PlanetPayment. Agak mahal tetapi sesuai untuk kos produk yang >RM100.

Bayar melalui cek
Sesuai untuk jumlah harga >RM50. Tetapi terhad kepada pengguna. Tidak semua memiliki cek.


PROMOSI PRODUK BERKESAN

Inilah bahagian yang terpenting di dalam perniagaan laman web. Promosi, promosi dan promosi. Promosi berkesan sangat perlu kerana dengan promosi produk dan perkhidmatan kita akan dilanggan.

Terdapat pelbagai cara promosi untuk perniagaan laman web. Kebanyakannya tidak langsung memerlukan kos.

1. Enjin Pencari (Searh Engine)
Di sini promosi dapat dilakukan dengan berkesan. Tetapi masalah yang besar adalah bagaimana menjadikan laman web anda berada di dalam 10 teratas di enjin pencari ini.

Tip optimasi promosi di enjin pencari (search engine)

Keyword yang spesifik
Keyword sahaja tidak menjamin laman web anda berada 10 yang teratas di enjin pencari. Anda hendaklah mencari keyword yang lebih spesifik Gunakan keyword yang spesifik di setiap laman web anda.

Sebagai contoh.

General
Spesifik
Kasut
Kasut Kulit Malaysia
Kek
Kek Lapis Sarawak

Title Tag dan Meta Tag
Terletak di antara <head></head>. Nak tulis title tag ni ada caranya.

Jangan hanya tulis satu word sama dengan keyword kita je. Contoh macam laman web ni, saya tak tulis "perniagaan" sahaja. Saya tulis "Rahsia perniagaan Internet". Bukan apa, kalau kita tulis perniagaan sahaja, nanti search engine ingat ia adalah 'spam'. Nanti nak dapat kat top ten terus kena blacklist jadinya.

Satu lagi, nak tulis title tag ni, pastikan keyword tadi tu letak kat depan. Jangan tulis title tag panjang-panjang sangat. Saya nak cerita pasal perniagaan di internet, saya letak perniagaan no 2 dalam ayat rahsia perniagaan di internet. Sebabnya search engine ni tak akan ambil semua tajuk-tajuk laman web kita tu. Nanti ter miss jadinya pulak kalau kita letak keyword kat akhir tajuk.

Peh tu lagi, kalau ada banyak helaian laman web, pastikan setiap helaian di tulis dengan title tag yang berbeza. Masih gunakan keyword yang sama. Cumanya tulis dengan ayat yang berbeza. Contoh kalau saya nak buat helaian lain, saya boleh tulis "Iklan Perniagaan Di Internet" dan pelbagai lagi


Contoh laman web manmoncang.com mendapat tempat ke 4
di dalam ranking carian Google menggunakan
keyword "RAHSIA CARA PERNIAGAAN" buat beberapa hari.


2. Link
Yang ni memang penting sangat-sangat. Kalau boleh carilah laman web yang hebat-hebat dan kemudian minta diaorang masukkan alamat laman web anda ke dalam laman web diaorang. Letakkan link atau dalam bahasa melayunya dikenali sebagai pautan. Anda juga letakkan pautan laman web yang hebat-hebat di dalam laman web anda.

Dengan cara sebegini, orang mudah nak jumpa laman web perniagaan anda. Tambah kalau ada kena mengena produk dengan perniagaan syarikat-syarikat besar yang memang terkenal. Tapi nak dapat diorang linkkan kita mungkin sukar. Tapi cara kita yang linkkan diaorang tu boleh digunakan.

 

3. Pintu Masuk
Bayangkan kat taman perumahan anda tinggal sekarang, ada berpuluh-puluh simpang. Tapi hanya satu simpang je yang dapat tembus ke rumah anda. Tentu kemungkinan orang nak lalu depan rumah anda mungkin sekitar 1% je kan?. Kecuali kalau orang tu benar-benar nak datang umah kita.

Dalam perniagaan, kita ada buat iklan. Tapi apa guna kalau hanya 1% je lalu depan umah kita. Hanya 1% je yang lalu laman web kita pun bukan tentu dia akan jadi pembeli. Jadi jalan yang mudah, bina banyak jalan masuk agar ramai yang dapat lalu depan rumah kita. Sama juga di internet, bina alamat domain agar ramai yang lalu dan masuk laman web kita.

Contoh. Kalau anda jual biskut raya, kalau boleh setiap jenis biskut adakan domain. Tak susah. Kalau anda beli domain macam contoh, biskutraya.com, anda boleh bina domain tambahan sebagai contoh:

kerepek.biskutraya.com
almondlondon.biskutraya.com
batangburuk.biskutraya.com
tatnenas.biskutraya.com
dan lain-lain lagi.

Jadi kalau orang masuk ikut biskutraya.com pun masuk laman web anda, kalau orang klik kerepek.biskutraya..com pun boleh masuk laman web anda.

Yang baik laginya, kalau kat search engine, kalau orang cari biskut, laman web anda keluar. Kalau orang cari kerepek, pun laman web anda keluar. Kalau cari tat nenas pun boleh keluar. Jadi secara tak langsung promosi anda akan lebih meningkat dengan cara macam ni.

4. Media
Yang ni agak sukar sikit. Tapi kalau anda dapat masuk majalah ke, tv ke...perniagaan anda lagilah cepat maju. Caranya mudah saja. Carilah kawan-kawan anda yang ada kerja wartawan. Boleh lah anda perlahan-lahan perkenalkan perniagaan anda pada dia dan minta dia sikit-skit perkenalkan perniagaan anda.

Kalau ada duit lebih, buat iklan dalam majalah, suratkhabar dan radio ke. TV tu mungkin terlalu mahal. Kalau dapat keluar berita lagilah bagus. Tapi jangan lupa, serlahkan alamat laman web anda dalam iklan tu.

5.Email
Yang ni tak jadi masalah untuk semua. Dalam yahoo group, MSN group, boleh iklankan. Ni semua orang kat internet buat. Tapi awas. Jangan main send je kat group yang tak boleh membantu perniagaan kita. Nanti kredibliti jatuh. Jadi pastikan group-group yang terpilih je. Boleh je kenal ahli-ahli group tu matang ke tak.

6. E-Iklan
Ada boleh cuba E-Iklan. Selalunya promosi yang unik akan membuatkan orang tertarik. E-Iklan ni bagus sebab kosnya rendah. Bukan sebab saya jadikan ia satu cara promosi sebab saya nak promosi perkhidmatan saya. Tapi memang ia dapat membantu sebab ia menarik. Anda boleh masuk kat sini untuk E-IKLAN

7. Cara lama
Ni cara lama atau konvesional. Yang ni edarkan template, flyer dan apa-apa brochure kepada orang ramai. Kerja penat sikitlah.Tapi kat internet ni pun dah boleh cari ramai pelanggan.


PENDEKATAN PROMOSI PRODUK

Apa itu pendekatan promosi?
Pendekatan promosi ni bermakna cara bagaimana orang akan melanggan, membeli atau menempah khidmat perniagaan anda. Ini penting sebab takkan selepas berjaya membawa orang masuk ke laman web kita, kita nak biarkan dia macam tu sahaja. Jadi pendekatan promosi penting kerana ia yang menjamin perniagaan kita menguntungkan atau tidak.

Caranya mudah sahaja

Bina laman web yang tidak peningkan kepala pengunjung untuk mencari info. Paling senang macam laman web E-Iklan yang saya buat. Klik sini untuk tengok. Saya tulis semua info pada laman web saya tentang E-Iklan. Takde link banyak pun kecuali nak tengok contoh-contoh.

Dalam laman web perniagaan, Jangan banyak sangat link. Banyak link, lagilah pening pengunjung. Kena pulak akses internet slow. Jadi nak pergi forward...nak back makan masa. Last-last diaorang tekan 'x' kuar dari laman web anda.

Lagi satu, gambar-gambar tu JANGANLAH MASUKKAN FORMAT .BMP. Format BMP ni besar bang dan kakak oiii. Tukarlah format gambar-gambar produk tu kepada .jpg, jpeg atau gif. Format tu je yang sesuai untuk laman web. Kemudian jangan guna saiz gambar tu besar sangat, susah nak loading. Kalau nak jugak, belajar buat image splitter. Boleh cari free software kat internet.. Free je. Taip je kat yahoo ke google ke "image splitter". Pasti jumpa. Kalau tak, masuk je kat http://www.webattack.com.

Kemudian yang ni penting. Sangat-sangatlah penting. Kasilah produk PERCUMA. Janganlah kedekut sangat. Ni pengunjung beli produk, tulah semata-mata produk tu jelah yang dia dapat. Tak menarik langsung berniaga. Kasilah apa-apa hadiah percuma yang menarik. Barulah pengunjung nak beli lagi nanti.

Lepas tu selain hadiah percuma yang dijanjikan dalam laman web tu, kasilah hadiah PERCUMA yang tak disangka-sangka. Kasi masa pos produk pembeli tu. Taruk je lah poskad-poskad ke, apa-apa jelah yang menarik. Barulah pengunjung tu seronok. Barulah dia hebahkan pada orang ramai. Ni kena aa pandai jaga hati pembeli tu. Saya citer ni atas pengalaman berniaga kedai runcit milik arwah ayah saya dulu. Banyak jugaklah yang saya belajar teknik berniaga ni.

Kemudian nak tulis harga pun ada cara. Tulislah harga produk tu ada diskaun macam laman web E-IKLAN. Ada tulis RM200. Jadi akan lebih menarik aaa cara promosi kita. (PECAH RAHSIA AKU). Tapi kat E-IKLAN tu harga sebenarnya lagi mahal ok. Saya tak tipu. Boleh cuba tempah kat tempat lain.

Penting jugak, binalah keyakinan orang ramai. Adakan ruang testimonial. Kalau nak tipu, jangan aaa nampak sangat. Tapi kalau boleh biarlah yang benar. Kalau ada sekali dengan gambar orang yang kasi testimonial tu lagi bagus. Dan juga yang kasi tu dari segala lapisan pembeli. Bukan orang yang besar-besar je. Pemandu lori ke kereta pun tulis sebagai contoh "kerepek pisang yang pak ali hasilkan boleh mengenyangkan saya 3 hari 3 malam" En Abu, pemandu lori minyak petronas. Saja je untuk contoh. Testimonial yang bagus, buat satu ruangan guestbook. Ni jelas orang komen dengan betul. Bukan kita yang buat sebab boleh keluar no IP.

Dan yang last walaupun banyak lagi, tapi yang ni je sempat saya kasitau, binalah borang untuk tempahan yang menyenangkan. Jangan hanya tinggal no phone, email atau alamat. Kemudian tulis, jika nak beli, sila hantarkan email kepada saya di alamat..sekian..sekian. Kalau saya jadi pengunjung, kirim salamlah saya nak beli. Leceh aaa kakak abang oiii pengunjung nak bukak email, nak compose, nak reka ayat...nak send pun jadi malas semata-mata nak beli produk yang dijual. Kenalah sediakan borang pembelian. Kalau tak pun sediakan borang tempahan untuk kita contact dia balik pun ok. At least mudah untuk orang nak langgan ke nak beli ke produk anda. Tak tau buat borang, datang bengkel bina laman web. Saya tunjukkan. 5 minit dah siap. Tak pun belajar aaa dari internet. Cari perkataan form processing di yahoo atau google.


LANGKAH-LANGKAH MEMBINA KEYAKINAN PENGUNJUNG

Pembeli di Internet memerlukan keyakinan bahawa produk dan service yang diberikan adalah benar dan memuaskan. Jadi cabaran perniagaan internet adalah untuk meyakinkan pengunjung untuk menjadi pembeli.

Rekabentuk laman web anda seperti laman web profesional. Janganlah gambar produk tonggang terbalik. Kemudian align pun tak betul. Kejap-kejap ke kanan isi kandungannya. Kadang-kadang ke kiri sangat. Lintang pukang jadinya. Kemudian janganlah taruk animasi banyak sangat. Ni kang ada bunga kembang kincup sana sini. Tetikus pulak nak kasi ada animasi-animasi. Tolonglah abang kakak. Laman web perniagaan bukan laman web clown. Lainlah kalau kitanya perniagaan memberi khidmat servis clown. Dengan laman web yang kemas dan teratur, jadi pengunjung berasa yakin dengan khidmat yang ada dalam laman web tu.

Kemudian kalau boleh jual produk yang telah sedia dikenali. Produk yang baru ni agak sukar orang nak beli. Bukan tak boleh, cumanya market dia agak sukar. Orang tak yakin sebab orang tak tau banyak pasal produk tu. Jadi cuba cari produk yang memang ramai yang tahu dan kenal. Dan paling penting produk yang sentiasa dicari.

Karang isi kandungan tu kena juga pandai. Jangan main hentam semacam je. Karanglah isi kandungan untuk menerangkan produk anda tu dengan ayat-ayat semangat. Maknanya kalau orang baca, semangat nak membeli tu ada. Yang ni kenalah pandai olah isi kandungan. Keyakinan dapat dibentuk pada pengunjung untuk pembeli bila dia jadi semangat dan nampak produk anda best je untuk dibeli.

Yang ni tidak kurang pentingnya. Alamat dan cara menghubungi yang lengkap. Perniagaan ni bukan nak sorok-sorok. Kalau takut letak no phone, susah jadinya. Kalau perniagaan kita senyap-senyap, macam mana nak maju. Lainlah kalau tulis laman web peribadi macam Blog. Kalau takde alamat atau tulis alamat pun nampak macam takut-takut, macam mana pengunjung nak yakin? kalau takut sangat nak kasi alamat rumah bagi yang berniaga sambilan, boleh je sewa pos box kat pejabat pos.

Kalau boleh tunjukkan gambar anda sendiri. Buat apa nak bimbang. Lainlah kalau anda memang ada salah kat orang. Letakkan gambar tu sebab orang kenal siapa anda. Anda nampak gambar saya yang hensem kat bawah tu. Anda baca siapa saya kat bawah tu? Lagi bagus kalau letak sebab secara tak langsung anda glamer percuma. hehehe. Dengan adanya gambar, orang kenal anda. Bila orang tengok kita berani letak gambar, kita ni tak tipulah. Cuba tipu. Huh! naya. Boleh je cari anda bila-bila sebab alamat dah tau, rupa pun dah kenal. Kita berniaga bukan nak main-main.

Tunjuk gambar-gambar ceria juga dapat membantu dalam membentuk keyakinan pengunjung untuk membeli produk anda. Tunjuklah gambar kawan-kawan anda ke yang tengah happy guna produk anda. Apa-apa je lah yang boleh buatkan suasana laman web anda ceria. Tapi sekali lagi jangan taruk banyak-banyak animasi. Tu bukan ceria, tu serabutkan lagi ada.

Cerita. Nampak tak saya mulakan artikel ni dengan cerita. Cerita-cerita ni buatkan orang yakin dengan produk kita dan juga dengan apa yang kita cakapkan. Kita berniaga maka sudah tentu kita tak tipu orang. Jadi cerita tu ceritakan cerita-cerita betul.

Testimonial. Yang ni tak kisah nak tulis macam mana. Tapi tulis lah testimonial yang boleh meyakinkan lagi pengunjung untuk membeli.

Kasi jaminan pada pengunjung, kalau beli produk anda, kalau dia tak puas hati sebab sekian-sekian atau rosak dalam tempoh tertentu, boleh pulangkan dan amik produk lain atau anda pulangkan duit. InshaAllah kalau kita berniaga betul, takkan nak kasi produk yang ntah apa-apa kan. Lagi satu kasi juga tempoh jaminan produk tu sampai kalau perlu dipos. Kalau bina laman web atau macam saya buat E-IKLAN, saya kasitau siap dalam masa beberapa jam tetapi bergantung kepada tempahan. Kenalah pertimbangkan jugak kan. Kalau tak, matilah saya.

Anda kena tunjukkan tapi jangan tipu yang anda seorang pakar. Kalau anda jual kerepek, tunjukkan anda sedang mengendalikan mesin kerepek ke. Macam saya, memang saya selalu buat bengkel bina laman web, jadi saya tunjuk gambar-gambar yang mana ada masa buat bengkel tu. Jadi orang nampak yakin dengan kepakaran kita.

Rasanya tu je lah yang dapat saya kongsi part yang ni. Harap berguna.


KEJAYAAN

Berbalik semula kepada cerita anak ayam di atas, kalau kita hanya baca artikel saja tapi tak buat apa-apa, kita terus akan selamanya macam yang kita ada sekarang ni. Saya bukanlah berjaya di dalam perniagaan internet. Tetapi sedikit-sedikit kita sama-sama menceburi perniagaan ini. Mereka yang berjaya, kejayaan mereka bukan datang sekelip mata. Mereka berusaha gagal berusaha gagal dan terus beusaha hingga jaya tanpa kenal putus asa.

Tetapi di dalan berusaha, kita kena ada strategi. Kena ada perancangan. Kena ada ILMU. Peganglah kata-kata untuk kita yang biasa dengan penggunaan teknologi yang ada sekarang ni

IT'S NOT WHAT THE TECHNOLOGY CAN DO FOR YOU

BUT

IT'S WHAT YOU CAN DO WITH THE TECHNOLOGY

Anda fikir-fikirkanlah. Anda yang menggerakkan segala yang ada untuk berjaya. Bukan kecanggihan teknologi atau kemajuan sains dan teknologi itu sendiri yang menjadikan kita maju.

Minta maaf segala kekurangan. Semoga artikel ini dapat membantu semua yang berminat dengan perniagaan di Internet. Tahniah diawalkan dengan kejayaan yang siap sedia menunggu anda.


BIODATA PENULIS

Di harapkan usaha ini akan diberi rahmat jua oleh Allah kepada:

Allahyarham Ayahanda Haji Abdul Latip Bin Sharif
Bonda Hjh Siti Rawiah Bt Mat Saman
Isteri Dr Norliza Mohammad Zaini

Mohd Fuad Abdul Latip atau lebih dikenali di kalangan rakan-rakan cyber sebagai manmoncang merupakan Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), UiTM Shah Alam . Beliau telah mula membina laman web statik sejak tahun 1995 menggunakan webhosting percuma dan kini menggunakan php dan mySQL untuk laman web dinamik. Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Universiti Malaya) dan Sarjana di dalam Kejuteraan Sistem Kuasa dan Tenaga Elektrik (Universiti Malaya) pernah berkhidmat sebagai Jurutera Industri pada awal tahun 2001 di Matsushita TV & Network dan kemudian menjadi Jurutera Network di Celcom (M) Berhad sebelum menyertai UiTM pada tahun 2002. Beliau telah berkahwin dengan Dr. Norliza Mohamad Zaini.(Phd Sains Komputer) seorang pensyarah di Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Atas minat yang mendalam dengan multimedia, beliau mempelajari ilmu multimedia sendiri dengan bacaan buku, artikel dan maklumat-maklumat yang terdapat di Internet. Beliau tidak pernah menawarkan khidmat membina laman web kerana kesuntukan masa bersama penyelidikan di UiTM. Namun begitu, beliau menerima juga tempahan bagi mereka-mereka yang sangat-sangat memerlukan khidmat beliau. Beliau lebih suka memberi tunjuk ajar berbanding menerima tempahan membina laman web.

Beliau pernah mengadakan beberapa bengkel membina laman web di UiTM sendiri untuk kakitangan-kakitangan UiTM apabila diperlukan. Laman-laman web tersebut lebih kepada laman-laman web sumber informasi pelajar-pelajar untuk mencari maklumat penyelidikan.


Di antara kursus membina laman web yang pernah diadakan.
(*Beliau telah diminta untuk mengadakan bengkel membina laman web untuk kakitangan UiTM pada 30/11/05 dan 1/12/05 akan datang dan masih merancang untuk mengadakan untuk orang awam yang lain)

Beliau juga pernah merekabentuk persembahan multimedia bagi upacara pembukaan konferansi peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang dianjurkan oleh UiTM seperti National Conference of Telecommunication Technology (NCTT), Asia Pacific Conference on Applied Electromagnetic (APACHE), Radio Frequency and Microwave (RFM), Conference of Science and Sosial Research (CSSR) dan lain-lain lagi.

Selain itu, beliau juga telah merekabentuk sendiri 6 buah brochure/flyer untuk memperkenalkan FKE, UiTM dan CISCO di mata dunia.

Kini disamping memberi syarahan, menulis buku dan membuat penyelidikan, beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Multimedia Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM dan juga Penolong Pengerusi Sistem Komputer di jabatan Hal Ehwal Akademik UiTM di mana beliau terlibat secara langsung membina perisian untuk pendaftaran secara online pelajar-pelajar UiTM.

Sebagai pendidik anak bangsa bumiputera dan minat mengajar beliau suka berkongsi ilmu dengan semua orang berkenaan dengan multimedia.

Artikel yang ditulis ini adalah atas sebab ingin menyebarkan ilmu bagaimana berniaga melalui di internet. Ilmu ini seharusnya diberi secara percuma kepada peniaga-peniaga melayu dan Islam bagi membantu kemajuan perniagaan bangsa dan umat Islam itu sendiri di persada dunia.

Pesanan beliau:"Artikel yang dihasilkan ini diharapkan dapat memberikan manafaat kepada para peniaga-peniaga melayu dan Islam yang ingin bersama-sama berniaga di alam cyber ini serta kepada diri saya sendiri. Pelajarilah dari mereka yang telah berjaya. Saya juga sedang mempelajarinya. Semoga kita sama-sama berjaya. Ameen"

BERIKAN KOMEN ANDA DI BAWAH INI


.

 

 

 

 

 

 
     

Link : http://www.rahsiainternet.com | http://www.rahsiapemasaran.com | http://www.irfankhairi.com
Seminar Pemasaran | Peluang Perniagaan | Iklan Niaga | http://www.formulaluarbiasa.com

--- KLIK HERE! ---