Anjung arrow Pandai Berniaga (Khas)
MYORIONET
Anjung
Tentang MyORIONet
Siapa Fuad Latip
Hubungi Kami
Notis MyORIONet
Myorionet Sitemap
Login Agent
DAFTAR MYORIONET
FAQ Ahli
Pendaftaran Ahli
Login
ARTIKEL
Informasi Terkini
Buat Duit Di Internet*
Berniaga Di Internet
Internet Marketing
Petua Beli/Langgan
Soalan Pilihan
Pandai Berniaga
Optimasi Enjin Carian
UNTUK SEMUA
Tanya Soalan Anda
Keyword Suggestion
Keyword Density
Keyword Popular
Semak Populariti Link
Auto Keyword Density
Google Page Rank
DOWNLOAD PERCUMA
Article Copy Protection
TENTANG BUKU
FAQ Buku
Real Time Hands On
Kaedah PTKTK
Addicted People

HUBUNGAN 2 HALA

MyORIONet mengalu-alukan kepada anda untuk meletakkan link laman web anda di laman web MyORIONet dengan syarat meletakkan juga banner laman web MyORIONet di dalam laman web anda.

<div align="center">
<a href=
"http://www.myorionet.com" target="_blank"><img src=
"http://www.myorionet.com/
MYORIONET.jpg" width="166" height="71" border="0"></a>
</div>

 

RANGKAIAN
Blog

 
Bisnes Internet
 
 
Penerbit Buku



 
Toko Buku


popular book store


Internet
Intrepreneurship

aridztech
 
Informasi

jobstreet

My Web
Tutorial Adobe Photoshop
Seni Majikan #7 Print E-mail
Written by Fuad Latip   
Thursday, 01 June 2006

Apabila saudara berniaga, apa yang saudara katakan kepada pekerja saudara dapat meningkatkan motivasi ataupun mematahkan semangat kerja mereka. Kata-kata saudara mencerminkan apa yang tersimpan di dalam hati saudara.

Apabila pekerja saudara tahu bahawa saudara mementingkan wang, semangat kerja mereka jatuh. Tidak ada pekerja yang seronok bekerja dengan majikan yang mementingkan wang.

Read more...
 
Seni Menjadi Majikan 7 Print E-mail
Written by Fuad Latip   
Tuesday, 02 May 2006

Salam Hormat

Apabila saudara membuka syarikat dan mempunyai staf, salah satu perkara yang perlu saudara lakukan adalah menimbulkan perasaan puas bekerja di bawah kepimpinan saudara.

Perasaan puas bekerja menyebabkan:

  1. Staf saudara lebih lama bertugas dengan syarikat saudara. Ini bermakna mereka lebih mahir dan lebih cekap. Mereka sudah kenal baik dengan pelanggan-pelangan saudara dan faham citarasa setiap pelanggan tetap saudara.
  2. Mereka seronok datang kerja oleh itu mereka kurang mengambil cuti. Ini bermakna produktiviti mereka lebih tinggi.
  3. Mereka tidak banyak melakukan kesilapan dan menyebabkan kerosakan dan akan menjaga harta syarikat dengan baik.
  4. Mereka lebih gembira, oleh itu mereka menyebabkan rakan-rakan sekerja mereka juga gembira. Ini menyebabkan tidak berlaku konflik inter-personal antara staf. Konflik antara staf adalah salah satu punca rosaknya perasaan puas bekerja, dan mendorong staf mencari kerja di tempat lain.
Read more...
 
Seni Menjadi Majikan 6 Print E-mail
Written by Puan Ainon (Sifu PTS)   
Thursday, 30 March 2006

Salah satu tugas majikan dan ketua adalah memberi dorongan kerja. Ini dapat dilakukan dengan memberi ganjaran atau reward kepada staf.

Dalam masyarakat Asia, salah satu ganjaran sosial yang sangat dihargai adalah 'kemuliaan'. Orang Asia amnya, dan orang Melayu khususnya, sangat berpuas hati apabila dirinya dimuliakan.

Jika saudara mempunyai staf yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Iban dan lain-lain, nilai-nilai mereka terhadap penghormatan dan pemuliaan adalah serupa sahaja.

Read more...
 
Seni Menjadi Majikan 5 Print E-mail
Written by Puan Ainon (Sifu PTS)   
Saturday, 18 March 2006

Sesetengah jenis bisnes tidak dapat diurus dari rumah oleh itu saudara terpaksa membuka pejabat. Apabila saudara membuka pejabat, sekurang-kurangnya saudara perlu mengambil seorang pembantu pejabat.

Tugas pembantu pejabat adalah menguruskan semua hal ehwal yang berlaku di pejabat, daripada membuka dan mengunci pintu pejabat, menunggu pejabat sampai waktu tutup pejabat, mengambil pesanan, pergi ke bank, memanggil plumber, membayar bil-bil, mengemas pejabat, mengurus fail-fail, dan segala macam kerja-kerja rencam.

Read more...
 
Seni Menjadi Majikan 4 Print E-mail
Written by Puan Ainon (Sifu PTS)   
Wednesday, 15 March 2006

Pernahkah saudara melihat adanya para peniaga yang perniagaannya tidak berkembang walaupun sudah beberapa tahun beroperasi?

Bagi mereka yang belum menceburi dunia perniagaan, mereka kerap mempunyai salah anggapan tentang formula kejayaan berniaga. Sebagai contoh, mereka percaya syarat utama jika hendak berjaya dalam perniagaan adalah pandai membuat produk yang disukai pembeli. Sebagai contoh, bagi membuka kedai makan, saudara perlu pandai memasak.

Mempunyai produk yang berkualiti tidak bermakna saudara sendiri yang perlu membuat produk itu. Produk itu boleh saudara ambil daripada pembekal, ataupun saudara kontrakkan pembuatannya kepada pihak lain.

Read more...
 
Seni Menjadi Majikan 3 Print E-mail
Written by Puan Ainon (Sifu PTS)   
Monday, 13 March 2006

Para pakar psikologi sudah banyak melakukan kajian berkenaan hipotesis apakah ada perbezaan antara bahasa yang digunakan oleh individu-individu yang berjaya dengan mereka yang kurang berjaya.

Kajian demi kajian menunjukkan, ya, memang terdapat perbezaan pada gaya bahasa individu yang berjaya dengan mereka yang kurang berjaya.

Salah satu perbezaan itu adalah pada penggunaan kata gantinama orang pertama, yakni perkataan yang membawa makna “saya”.

Hasil penyelidikan mendapati individu-individu yang berjaya kurang kerap menggunakan perkataan “I” dalam bahasa Inggeris, ataupun “aku” dan “saya” dalam bahasa Melayu, apabila mereka bercakap ataupun menulis.

Read more...
 
Seni Menjadi Majikan 2 Print E-mail
Written by Puan Ainon (Sifu PTS)   
Tuesday, 07 March 2006

Sebagai usahawan, tingkah laku dan perbuatan saudara adalah salah satu faktor utama pekerja saudara berhenti kerja. Dalam suatu kajian yang dilaporkan oleh majalah FORTUNE, etika ketua-ketua boleh menyebabkan staf berasa puas hati ataupun sebaliknya.

Apabila saudara menubuhkan syarikat, dan kemudian saudara bekerja dengan syarikat sendiri, ingatlah bahawa saudara adalah pekerja dalam syarikat saudara itu, seperti pekerja lain yang saudara ambil bekerja.

Read more...
 
Seni Menjadi Majikan Print E-mail
Written by Puan Ainon (Sifu PTS)   
Monday, 06 March 2006

Salah satu isu yang dihadapi oleh peniaga kecil adalah pekerja yang tidak setia, iaitu pekerja yang berhenti kerja sebaik-baik mendapat peluang kerja di syarikat lain.  Kadang-kadang, kenaikan gaji yang diterimanya tidak sampai RM50 tetapi dia berhenti kerja juga.
 
Pekerja tidak setia disebabkan banyak faktor. Salah satu faktor itu adalah perasaan tidak puas hati dengan majikan.
 
Banyak perkara yang ada pada diri si majikan yang menyebabkan pekerja tidak puas hati. Salah satu perkara itu adalah jenis-jenis kerja yang dia disuruh lakukan oleh majikannya.

Read more...
 


Simpan Sebagai Rujukan

add to furl add to del.icio.us add to technorati add to blinklist add to digg add to google add to yahoo


IKTIRAF
As Featured On Ezine Articles
TUTORIAL VIDEOS
E-books
Adobe Photoshop
Bina Online Form
Website Tutorial
Belajar SEO
AHLI PERCUMA

Daftar untuk
AHLI PERCUMA
INFORMASI
PERCUMA
Klik sini

PRODUK DAN KHIDMAT

Buku 15 Teknik Efektif
'Internet Marketing'

(Smnjg Malaysia: RM25)
(Sabah/Srwk : RM28)
Diskaun RM5


KLIK SINI UNTUK
DOWNLOAD
BAB PERCUMA


Ebook 1 Jam Membina
Laman Web
Perniagaan (Asas)
(CD: RM18)

KLIK SINI UNTUK
DOWNLOAD
BAB PERCUMA
 



1500GB Space


TRACK & TRACE


KLIK SINI UNTUK
TRACE E-BOOK
DAN BUKU 
YANG ANDA
BELI

All Right Reserved © 2006 Teknik Internet Marketing . Optimization of Resources and Information On the Net (ORION)
Best View Internet Explorer 6.x 1024 x 768 resolution