Anjung arrow Perniagaan Di Internet arrow Cara Membina Laman Web Yang Menjual
MYORIONET
Anjung
Tentang MyORIONet
Siapa Fuad Latip
Hubungi Kami
Notis MyORIONet
Myorionet Sitemap
Login Agent
DAFTAR MYORIONET
FAQ Ahli
Pendaftaran Ahli
Login
ARTIKEL
Informasi Terkini
Buat Duit Di Internet*
Berniaga Di Internet
Internet Marketing
Petua Beli/Langgan
Soalan Pilihan
Pandai Berniaga
Optimasi Enjin Carian
UNTUK SEMUA
Tanya Soalan Anda
Keyword Suggestion
Keyword Density
Keyword Popular
Semak Populariti Link
Auto Keyword Density
Google Page Rank
DOWNLOAD PERCUMA
Article Copy Protection
TENTANG BUKU
FAQ Buku
Real Time Hands On
Kaedah PTKTK
Addicted People

HUBUNGAN 2 HALA

MyORIONet mengalu-alukan kepada anda untuk meletakkan link laman web anda di laman web MyORIONet dengan syarat meletakkan juga banner laman web MyORIONet di dalam laman web anda.

<div align="center">
<a href=
"http://www.myorionet.com" target="_blank"><img src=
"http://www.myorionet.com/
MYORIONET.jpg" width="166" height="71" border="0"></a>
</div>

 

RANGKAIAN
Blog

 
Bisnes Internet
 
 
Penerbit Buku



 
Toko Buku


popular book store


Internet
Intrepreneurship

aridztech
 
Informasi

jobstreet

My Web
Tutorial Adobe Photoshop
Cara Membina Laman Web Yang Menjual Print E-mail
Written by Fuad Latip   
Tuesday, 07 March 2006

Salam Ceria

Untuk berjaya di dalam perniagaan di internet, saudara memerlukan 4 perkara asas yang sangat penting iaitu:

  1. Laman web yang baik dan menjual.
  2. Produk yang unik dan terbaik
  3. Strategi promosi dan pemasaran yang efektif dan terkini
  4. Usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh

Di dalam entri kali ini saya cuma ingin mengajak saudara bersama-sama memperkatakan tentang perkara no.1 yang mesti ada bagi setiap perniagaan di internet. Laman web yang baik dan menjual.

Teruskan membaca dengan klik read more.

Sebenarnya saudara tidak perlu laman web yang canggih dengan animasi yang terlalu sukar untuk terpapar di skrin komputer. Laman web yang canggih seperti itu menyukarkan pengunjung mendapatkan maklumat.

 

Jangan bina laman web menjual seperti laman web ini. Laman web ini sesuai untuk portal sahaja. Saudara boleh melihat laman web menjual buku 1 jam membina laman web perniagaan (asas) di sini sebagai contoh. Boleh juga melihat contoh-contoh lain seperti berikut:
http://www.opportunity.com
http://www.knockoutmarketing.com
http://www.marketingtips.com

Apa yang diperlukan adalah struktur isi kandungan di dalam laman web saudara.

Apa yang perlu saudara faham adalah anatomi laman web perniagaan. Ini adalah sesuatu yang penting yang tidak dijelaskan di mana-mana secara terperinci. Sila lihat anatomi seperti berikut.

Isi Kandungan

  • Masukkan semua maklumat tentang produk/perkhidmatan saudara di dalam satu helaian utama. JANGAN sesekali memisahkan semua perkara tentang produk saudara ke helaian yang lain. Ini akan memudahkan pengunjung agar tidak perlu ke helaian yang lain untuk mengetahui tentang produk/perkhidmatan yang saudara sediakan.  
  • Pastikan maklumat tersebut dimasukkan mengikut bahagian yang tertentu dan bahagian tersebut di bahagikan mengikut kaedah PTKTK (klik sini untuk baca kaedah PTKTK). Ini bermakna saudara perlu bahagikan laman web saudara kepada beberapa bahagian.


Isi kandungan (P)Perhatian

  • Binalah tajuk yang mempunyai angka sebagai tarikan 1 minggu, 1 jam, 1 hari dan sebagainya untuk menarik perhatian. Jika menggunakan masa, pastikan masa yang diberikan adalah munasabah.
  • Binalah kata-kata ungkapan yang menarik seperti contoh “Mempromosikan perniagaan Secara Efektif adalah sangat mudah. Apa yang diperlukan adalah teknik dan sedikit kretiviti”.
  • Pilihlah warna text yang terang agar nampak jelas perkataan yang dinyatakan.
  • Letakkan imej yang sama dengan tema yang ingin disampaikan dengan teratur seperti gambar kejayaan, senyuman, taburan wang dan lain-lain.
  • Pastikan saiz tulisan jelas dan mudah dibaca. Mengikut kaji selidik di dalam penulisan, tulisan yang paling efektif adalah tulisan yang mempunyai lebihan di hujung tulisan seperti tulisan Times Roman, Book Antiqua dan lain-lain. Elakkan dari menggunakan tulisan lurus seperti Arial, Century Gothic dan seumpamanya.


Isi Kandungan (T)Tarikan

  • Mulakan seolah-olah saudara mengirimkan surat kepada pembaca. Tulis di dalam bahagian yang diwarnakan dengan jelas. Letakkan gambar saudara di sebelah surat tersebut dan juga menurunkan tandatangan bersama email dan no phone untuk mula membina kredibiliti.
  • Bina ayat pertanyaan untuk berinteraksi dengan pengunjung seperti “Saya yakin saudara mempunyai masalah dengan saya sebelum ini iaitu, saudara mepunyai produk tetapi tidak tahu untuk mempromosikannya dengan berkesan”. Adakah saudara ingin mengetahui bagaimana saya menyelesaikan masalah tersebut suatu ketika dahulu dan menjayakan perniagaan saya?”
  • Binalah ayat-ayat positif dan meyakinkan seperti, “Saya yakin dengan teknik yang saya akan bertahu nanti dapat menyelesaikan masalah saudara juga. Ini kerana saya dapat mengatasi masalah yang sama dengan saudara dengan menggunakan teknik ini.”
  • Memberitahu saudara dapat membantu mereka seperti “Saudara tidak perlu menjadi seperti saya. Saya akan membantu saudara dengan menggunakan teknik yang telah saya aplikasikan ke dalam perniagaan saya dan ia terbukti berkesan. Saya mengambil masa 24 bulan untuk mempelajarinya dan kini saya membongkar rahsia yang selama ini tidak diketahui oleh ramai orang”


Isi Kandungan (K)Keinginan

  • Bahagian terpenting kerana di sinilah penentu terbesar untuk pengunjung bertukar menjadi pembeli.
  • Jelaskan secara terperinci tentang produk/perkhidmatan yang saudara sediakan.
  • Jelaskan segala barangan PERCUMA yang saudara sediakan dan letakkan sekali nilainya.
  • Turunkan harga dengan meletakkan harga produk/perkhidmatan sebelumnya sebagai bandingan seperti “RM200 Kini hanya RM100”
  • Bina keinginan dengan meletakkan keistimewaan apa yang saudara tawarkan iaitu produk atau perkhidmatan.
  • Letakkan ayat menyatakan tempoh dan tarikh promosi harga produk/perkhidmatan adalah saudara terhad.
  • Binalah ayat yang menguntungkan pengunjung sebagai pembeli seperti “Teknik ini memerlukan beberapa perisian untuk membantu saudara di dalam mempromosikan perniagaan saudara di internet. Namun jangan khuatir kerana semua perisian itu akan diberi PERCUMA”
  • Letakkan gambar-gambar kejayaan saudara agar pengunjung juga ingin menjadi seperti saudara.
  • Letakkan borang untuk melanggan percuma artikel-artikel atau perkhidmatan percuma. Ini bertujuan untuk mendapatkan data pengunjung yang benar-benar berkeinginan disamping pengunjung memperolehi artikel-artikel tersebut secara percuma walaupun tidak membeli apa-apa dari laman web saudara.


Isi Kandungan (T)Tindakan

  • Bina borang yang mudah dan tidak terlalu banyak yang perlu diisi untuk tujuan pembelian atau membuat tempahan.
  • Yakinkan pembeli dengan no. akaun dan juga nama saudara untuk proses pembayaran.
  • Letakkan sebanyak mungkin cara pembayaran yang mampu disediakan oleh saudara.
  • Berjanji dengan jaminan pulangan kembali wang jika pembeli tidak berpuas hati.
  • Berjanji penghantaran segera akan dilakukan. Dan jika produk dijual perlu di hantar, berikan sesuatu secara online terlebih dahulu sesuatu yang tidak disangka-sangka.


Isi Kandungan (K) Kredibiliti

  • Pastikan saudara meletakkan gambar saudara untuk membuktikan saudara serius di dalam perniagaan ini.
  • Letakkan Tandatangan saudara bersama dengan nama dan cara untuk menghubungi saudara.
  • Letakkan bukti-bukti kejayaan saudara seperti testimonial atau gambar-gambar kejayaan.
  • Sesekali jangan menipu pembeli dengan apa yang pernah saudara capai.
  • Bina ayat-ayat yang menunjukkan saudara seorang pakar seperti menyebut nama-nama pakar-pakar yang lain dengan kelebihan-kelebihan mereka.
  • Saudara perlu beritahu yang saudara seorang yang berpengetahuan di dalam bidang tersebut.
  • Terangkan produk saudara dengan sebenar-benarnya seperti meletakkan gambar yang jelas, memberitahu isi kandungannya dan sebagainya.


Mulai di sini, saya yakin saudara mulai faham bagaimana cara untuk membina isi kandungan laman web perniagaan yang efektif. Jika saudara mempunyai banyak produk, lakukan untuk setiap produk seperti demikian.

Perlu diingat, pengunjung yang datang tidak mengenali saudara dan juga tidak dapat melihat produk yang saudara niagakan di depan matanya. Atau pengunjung tidak pernah tahu bagaimana perkhidmatan yang akan saudara berikan.

 Maka membina satu helaian laman web untuk satu produk/perkhidmatan adalah lebih efektif kerana saudara mampu menerangkan produk/perkhidmatan tersebut dengan lebih terperinci.

*Jangan lupa dapatkan buku 15 teknik internet marketing yang efektif dan terkini. Akan terbit tidak lama lagi. 

 
< Prev   Next >


Simpan Sebagai Rujukan

add to furl add to del.icio.us add to technorati add to blinklist add to digg add to google add to yahoo


IKTIRAF
As Featured On Ezine Articles
TUTORIAL VIDEOS
E-books
Adobe Photoshop
Bina Online Form
Website Tutorial
Belajar SEO
AHLI PERCUMA

Daftar untuk
AHLI PERCUMA
INFORMASI
PERCUMA
Klik sini

PRODUK DAN KHIDMAT

Buku 15 Teknik Efektif
'Internet Marketing'

(Smnjg Malaysia: RM25)
(Sabah/Srwk : RM28)
Diskaun RM5


KLIK SINI UNTUK
DOWNLOAD
BAB PERCUMA


Ebook 1 Jam Membina
Laman Web
Perniagaan (Asas)
(CD: RM18)

KLIK SINI UNTUK
DOWNLOAD
BAB PERCUMA
 



1500GB Space


TRACK & TRACE


KLIK SINI UNTUK
TRACE E-BOOK
DAN BUKU 
YANG ANDA
BELI

All Right Reserved © 2006 Teknik Internet Marketing . Optimization of Resources and Information On the Net (ORION)
Best View Internet Explorer 6.x 1024 x 768 resolution