MyORIONet

MyORIONet merupakan singkatan daripada Optimization of Resources and Information On the Net Malaysia. Ia dimiliki sepenuhnya oleh syarikat ORIONet Consultancy (SA00018546-D) yang diasaskan oleh Dr Norliza Mohamad Zaini.

MyORIONet ditubuhkan untuk memberikan maklumat yang berguna berkenaan dengan dunia internet kepada orang ramai. Langkah ini bertujuan untuk memastikan orang ramai memiliki pengetahuan yang terkini berkenaan dengan internet.

Di samping itu juga, pihak MyORIONet sentiasa bersedia berkongsi tip dan trick (yang baik-baik sahaja) yang boleh dilakukan di dalam internet. Terdapat banyak tip dan trick yang akan diketengahkan di dalam laman web ini.

MyORIONet menggunakan teknik 'real-time hands on" untuk menyampaikan informasi kepada orang ramai. Teknik ini merupakan teknik yang praktikal di mana orang ramai dapat memahami dengan lebih baik segala informasi, tunjuk ajar, tip ataupun trick yang ditunjukkan.

ORIONet Consultancy pula memainkan peranan sebagai syarikat utama yang akan menjalankan bengkel-bengkel yang melibatkan internet. Pihak ORIONet akan cuba sedaya upaya untuk mempertingkatkan mutu informasi yang disampaikan kepada orang ramai agar informasi tersebut lebih difahami dan dapat memberi manafaat kepada semua.

Ambillah segala yang diberi di dalam laman web ini tanpa terlepas satu pun. Selamat berjaya.