KAEDAH PTKTK

Pemasaran efektif menerusi internet perlu mengikuti langkah di dalam kaedah PTKTK. Di dalam buku 15 teknik 'internet marketing' yang efektif dan terkini menerangkan teknik-teknik pemasaran menggunakan kaedah PTKTK ini. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah PTKTK ini?

  1. P = Perhatian
  2. T = Tarikan
  3. K = Keinginan
  4. T = Tindakan
  5. K = Kredibiliti

Biar saya huraikan satu persatu.

(P)Perhatian

Anda hendaklah menarik perhatian pengunjung laman web anda untuk mengetahui secara mendalam tentang produk yang anda niagakan dan juga khidmat yang anda sediakan. Mengikut kaji selidik yang dilakukan, anda mempunyai kurang dari 7-10 saat untuk menarik perhatian pengunjung yang mengunjungi laman web anda.

Anda fikirkan, pengunjung yang datang ini adalah pengunjung yang tidak dikenali dan tidak tahu dari mana mereka menjumpai laman web anda. Mungkin dari search engine, email atau pun link-link yang anda tinggalkan di laman-laman web lain.

Namun yang perlu ada ketahui, pengunjung yang datang sedikit sebanyak mempunyai minat terhadap produk atau juga khidmat yang anda sediakan. Kalau tidak, sudah tentu pengunjung tersebut tidak akan membuka laman web anda.

Jadi anda perlu mencuri perhatian mereka sebelum mereka beredar meninggalkan laman web anda. Sekali lagi ingat, anda cuma ada 7-10 saat sahaja.

 

(T)Tarikan

Apabila seseorang mengunjungi laman web anda, anda hendaklah menarik minat mereka terhadap produk yang anda niagakan atau juga khidmat yang anda sediakan. Beritahu mereka masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh orang ramai dan bagaimana anda boleh menyelesaikannya.

Perjelaskan bahawa anda juga pernah menghadapi masalah-masalah yang anda ceritakan tadi dan jangan lagi membuat apa-apa proses jual beli di sini. Anda hendaklah menarik sedalam mungkin minat pengunjung laman web anda. Anda perlu perlahan-lahan membina kredibiliti anda sebagai seorang penyelesai masalah dan pakar di dalam menyelesaikan masalah tersebut.

 

(K)Keinginan

Setelah anda berjaya melepasi 2 peringkat di atas, inilah masa yang paling sesuai untuk anda jalankan proses promosi untuk menukarkan tarikan kepada keinginan dan seterusnya kepada belian. Apa yang diperlukan adalah ayat-ayat promosi yang dapat merubah pengunjung kepada pembeli.

Anda perlu gariskan kelebihan-kelebihan produk yang anda tawarkan dan juga khidmat yang anda sediakan. Anda hendaklah meyakinkan pengunjung di mana jangan sesekali melindungi sesuatu yang meragukan seperti contoh :

Pernahkah anda melihat laman web yang menyediakan buku cara-cara memulakan perniagaan di internet tetapi tidak meletakkan contoh isi kandungan buku tersebut? Ini membuatkan pengunjung ragu-ragu dan tertanya-tanya; adakah teknik yang ditulis itu mudah difahami dan bermanafaat? Atau semua itu sekadar teori sahaja malah mungkin satu tipu helah untuk menguntungkan mereka?

Terdapat juga bengkel-bengkel atau kursus-kursus perniagaan di internet yang tidak langsung meletakkan topik-topik apa yang akan dibincangkan semasa bengkel/kursus itu dijalankan.

Elakkan perkara sedemikian kerana orang ramai kurang yakin dengan promosi sedemikian.

 

(T)Tindakan

Setelah pengunjung berminat untuk membeli produk anda atau melanggan khidmat anda, anda perlulah memudahkan urusan pengunjung ini tadi.

Kebanyakan laman web hanya menyatakan seperti :

Jika berminat, sila call XXX-XXXXX atau emailkan kepada XXX@XXX.com .

Ini akan menyukarkan pengunjung untuk membeli. Anda hendaklah membina borang belian/tempahan untuk memudahkan pengunjung membeli produk yang ada sediakan atau menempah perkhidmatan anda. Ini akan memudahkan urusan jual beli pembeli atau pelanggan anda dengan hanya sekali klik sahaja.

 

(K)Kredibiliti

Kredibiliti perlulah dimainkan di dalam semua peringkat di atas. Anda perlu meyakinkan pengunjung bahawa anda benar-benar pakar di dalam perkara yang anda katakan.

Pengunjung tidak pernah mengenali anda malahan pengunjung juga tidak dapat menyentuh dan melihat dari dekat produk anda. Mereka juga tidak pernah melanggan apa-apa perkhidmatan dari anda. Maka KREDIBILITI teramatlah penting di dalam perniagaan di internet ini.

Di dalam buku ini, anda akan diajar teknik-teknik pemasaran mengikut teknik PTKTK ini. Anda boleh dapatkan buku '15 Teknik 'Internet Marketing' Yang Efektif dan Terkini' mulai mac 2006 ini. Sekian