KAEDAH ‘REAL TIME HANDS-ON'
Kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik di dalam proses pembelajaran. Pengalaman saya di dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti telah memberikan idea kepada saya untuk menggunakan kaedah ini di dalam buku-buku penulisan saya.
Sambil Baca, Sambil Buat, Terus SIAP
Itulah motto di dalam kaedah real time hands on ini.
Kaedah ini adalah satu kaedah di mana sambil anda membaca buku ini, anda melakukan apa yang diajar menggunakan komputer peribadi anda. Kelainan yang ketara adalah, buku ini mengajar anda langkah demi langkah bagaimana pemasaran dapat dilakukan dengan berkesan. Buku ini tidak perlu tunggu sehingga habis dibaca untuk melaksanakan teknik-teknik yang diajar di dalam buku ini seperti buku-buku yang lain. Ini kerana sambil anda membaca, anda boleh terus mempratikkan teknik-teknik yang diajar menerusi buku ini. Teknik-teknik tersebut menjurus kepada objektif apa yang kita inginkan.
Sebaik sahaja buku ini tamat dibaca, anda juga telah selesai melakukan semua teknik-teknik pemasaran yang berkesan ke atas perniagaan menerusi internet milik anda. Dengan cara ini, masa dapat dijimatkan. Selain itu anda akan lebih memahami setiap teknik yang telah ditunjukkan. Kerana itulah kaedah ini dikatakan Sambil Baca, Sambil Buat, Terus SIAP