Mohd Fuad Haji Abdul Latip merupakan Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Beliau telah mula membina laman web statik sejak tahun 1995 menggunakan webhosting percuma dan kini menggunakan php dan mySQL untuk laman web dinamik.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Tenaga Elektrik dan Sistem Kuasa (Electrical Energy and Power System) dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Universiti Malaya) pernah berkhidmat sebagai Jurutera Industri pada awal tahun 2001 di Matsushita TV & Network dan kemudian menjadi Jurutera Network di Celcom (M) Berhad sebelum menyertai IPTA pada tahun 2002.

Sebagai seorang pensyarah, beliau telah diberi latihan dan didedahkan dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Beliau didedahkan bagaimana menyampaikan ilmu dengan berkesan kepada pelajar-pelajar universiti dan juga dilatih untuk menjadi penasihat dari segi akademik dan motivasi kepada pelajar dan orang ramai. Beliau juga telah mendapat latihan di dalam memberi syarahan dengan efektif sebagai syarat wajib untuk setiap pensyarah.

Dari pengetahuan dan pengalaman tersebut, beliau cuba mengadaptasikan semua itu di dalam penulisan buku dan artikel beliau. Satu kaedah yang dikenali sebagai 'Real Time Hands On" diperkenalkan di dalam penulisan buku-buku beliau. Dengan kaedah tersebut, pembaca dapat dibimbing langkah demi langkah secara 'real time' di dalam menuju objektif pembaca dengan cepat dan efektif.

Sebelum ini beliau bergiat aktif di dalam penulisan blog dan merupakan golongan terawal mempunyai blog sejak tahun 1998 lagi. (menggunakan yahoo geocities ketika itu).


Penglibatan Di dalam Bidang IT

Beliau pernah mengadakan beberapa bengkel membina laman web di UiTM sejak tahun 2002 untuk kakitangan-kakitangan UiTM apabila diperlukan. Laman-laman web tersebut lebih kepada laman-laman web sumber informasi pelajar-pelajar untuk mencari maklumat penyelidikan.

Beliau juga pernah merekabentuk persembahan multimedia bagi upacara pembukaan konferansi peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang dianjurkan oleh UiTM seperti National Conference of Telecommunication Technology (NCTT), Asia Pacific Conference on Applied Electromagnetic (APACHE), Radio Frequency and Microwave (RFM), Conference of Science and Sosial Research (CSSR) dan lain-lain lagi.

Selain itu, beliau juga telah merekabentuk sendiri 6 buah brochure/flyer untuk memperkenalkan FKE, UiTM dan CISCO di mata dunia.

Kini disamping memberi syarahan, menulis buku dan membuat penyelidikan, beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Multimedia Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan juga Penolong Pengerusi Sistem Komputer di jabatan Hal Ehwal Akademik di mana beliau terlibat secara langsung di dalam pendaftaran secara online pelajar-pelajar.

Sebagai pendidik anak bangsa bumiputera dan minat mengajar beliau suka berkongsi ilmu dengan semua orang berkenaan dengan multimedia, komputer dan internet.

Laman web ini dibina diatas sebab ingin menyebarkan ilmu bagaimana menjalankan perniagaan di internet disamping dapat membantu para usahawan yang baru ingin menceburkan diri di dalam perniagaan internet. Nasihat dan idea juga akan diberikan agar usahawan terutama bumiputera dapat dibantu di dalam menceburi bidang perniagaan menerusi internet.

*********************
Mohd Fuad Hj. Abdul Latip
http://www.myorionet.com
manmoncang@yahoo.com
*********************